K : A : M : I

TINGGALKAN :: JEJAK :: ANDA :: DISINI

Sunday, March 14, 2010

UPSI tuan rumah ke-2 Malam Puisi Riong

 

Kembali ke akar umbi di Upsi

Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my
2010/03/11

MALAM Puisi Riong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, pada 17 Mac ini, bakal mengingatkan masyarakat Melayu terhadap akar umbi bangsa kerana sejarah pernah menyaksikan karya sastera tokoh daripada institusi pendidikan itu menjadi antara titik permulaan awal gerakan nasionalisme untuk menentang penjajah.

Pengerusi Koperasi Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat Berhad (KGMMB), Dr Abdul Raheem Mohd Yusof, berkata Malam Puisi Riong yang bermula jam 8 malam itu, menjadi usaha murni yang mampu memberi pendedahan kepada warga universiti dan masyarakat sekitar daerah berkenaan terhadap karya dan khazanah Melayu.

“Acara ini juga dilihat boleh meningkatkan semangat kemanusiaan apabila mendengar bait puisi yang dibaca dan dilagukan dengan sentuhan berbeza oleh setiap penyampai, sekali gus jiwa yang mendengar boleh menjadi tenang serta mampu menghayati patah positif yang dizahirkan.

“Oleh itu, KGMMB turut berminat menjadi penaja bersama kerana sebagai organisasi dengan entiti Melayu, koperasi berasa bertanggungjawab untuk menyokong dan membantu usaha menyebarluaskan puisi Melayu,” katanya kepada Sastera melalui telefon, baru-baru ini.

Dr Abdul Raheem berkata, pihaknya cuba membantu dengan keupayaan yang ada bagi menyokong usaha Berita Harian dan pencinta seni tanah air dalam memperdalamkan apresiasi puisi dalam masyarakat.

“Saya berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang bernafas bangsa Melayu turut serta membantu usaha murni dalam memperkembang dan memperkayakan puisi Melayu, sekali gus memastikannya tidak lekang dek zaman,” katanya.

Acara itu menjadi acara susulan selepas tirai acara 2010 dibuka di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok dengan tema Cinta Dari Belantara yang menyaksikan Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk Mior Kamarul Shahid, turut beraksi. Malam Puisi Riong di Upsi kali ini pula, mengangkat tema Gema Puisi Kemanusiaan dan menampilkan nama besar dalam dunia sastera dan seni tanah air, selain penyair dari tenaga akademiknya sendiri yang akan mempamerkan bakat mereka dalam pelbagai genre persembahan seperti puisi, teromba serta gurindam seperti Prof Datuk Dr Rosli Saludin, Prof Dr Bukhari Lubis, Dr Ani Omar dan Halim Ali.

Di tengah kampus itu juga, acara terbabit bakal diselang-seli dengan persembahan bacaan puisi oleh Penerima Anugerah Penulisan Sea 2007, Prof Rahman Shaari, Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Agi dan pelakon, Sabri Yunus, selain lagu puisi oleh Ramli Sarip.

_______________________________________________________________________________

nie lah yg paling ak takot kan sebenarnya..z ak adaalah salah sorang yg menjaya kan program bersama berita harian nie... cz ak memegang nama dan amanah dari Universiti untuk take over program... ak harap kawan2 dapat sebarkan segala tentang MALAM PUISI RIONG  nie kat semua keangkawan untuk kita sama2 turun memeriahakan malam nie.... simboliknya juga malam nie aderlah malam las penutupan pesta konvokesyen.....

No comments: