K : A : M : I

TINGGALKAN :: JEJAK :: ANDA :: DISINI

Wednesday, March 10, 2010

Mitos & Realiti Perkahwinan


Mitos 1: Perkahwinan akan mengakhiri semua kesepian kita
Realiti: Ramai pasangan yang berkahwin tetapi tetap kesepian


Mitos 2: Perkahwinan akan membuat diri jadi sempurna
Realiti: Pasangan saling melengkapi satu sama lain, tapi tidak menjadikan pasangannya sempurna


Mitos 3: Pasangan yang saling mencintai tidak akan menghadapi masalah dalam perhubungan
Realiti: Hampir semua hubungan ada mengalami masa turun naik. Masalah sehari-hari dan dugaan hidup sering kali akan menutup perasaan romantis suami isteri


Mitos 4: Perkahwinan akan membuatkan seseorang bahagia
Realiti: Anda tidak boleh mengharapkan pasangan akan membahagiakan anda. Sebaliknya kebahagiaan itu berasal dari dalam diri anda sendiri.


Mitos 5: Pasangan harus tahu keperluan-keperluan tanpa perlu diluahkan
Realiti: Hanya kerana anda menjadi suami isteri tidak beerti anda dapat membaca fikiran pasangan. Beritahulah apa yang anda perlu padanya.

No comments: