K : A : M : I

TINGGALKAN :: JEJAK :: ANDA :: DISINI

Saturday, February 20, 2010

Kupasan Minda Sosial : Awasi Anak Teruna Anda!


  

Terdapat sesetengah daripada golongan ini juga lebih berani menipu dan berselindung disebalik agama dengan mengatakan bahawa mereka tidak mungkin sama sekali akan melakukan perkara yang ditegah oleh agama daripada mengakui siapa diri mereka. Realiti sebenarnya mereka sendiri lebih mengetahui.



Bukanlah tujuan saya untuk membincangkan soal dosa dan pahala kerana saya sendiri sedar, berada di landasan gay adalah satu perkara yang tidak harus dibanggakan. Namun, saya tertarik untuk menyentuh soal golongan gay yang terbuka dengan orientasi seksual mereka dan ‘closet gay’ - golongan gay yang merahsiakan orientasi seksual mereka. Begitu juga golongan gay yang menipu mengunakan agama.

Apa yang ingin saya ketengahkan dalam tulisan kali ini adalah tanggung jawab sosial golongan gay sungguhpun golongan ini seringkali dilabelkan sebagai tidak bermoral dan songsang hidup mereka. Sebenarnya kita sebagai manusia tidak boleh menghukum golongan gay ini sesuka hati kita. Soal syurga dan neraka adalah jauh dari jangkauan akal fikiran dan bukan hak kita untuk menentukan. Walaupun terang-terang golongan gay ini ikut jalan yang salah, biarlah Allah saja yang menghukum mereka.

Terdapat juga ramai remaja lelaki seawal usia baligh yang melayari laman-laman ini bagi mengetahui dan mempelajari apa yang tidak pernah didedahkan kepada mereka oleh ibubapa mahupun pendidikan seks disekolah.

Perkara ini seringkali terjadi tanpa disedari oleh kedua ibubapa. Kemudahan teknologi yang disediakan oleh ibubapa telah disalahgunakan untuk mencari kepuasan dan pasangan seks. Sebenarnya ketika di usia remaja beginilah, perasaan ingin tahu atau curiosity melonjak-lonjak untuk mengetahui tentang kehidupan golongan gay dan homoseksual. Namun di sinilah peranan ibubapa dan pendedahan pada pendidikan seks itu penting untuk memberi nasihat, garis panduan dan membendung remaja ini dari bersikap melampaui batas. 

Remaja yang berusia belasan tahun yang masih lagi mencari-cari orientasi seksual mereka dan sikap ingin tahu dan mencuba yang tinggi akan membuat mereka mudah terpengaruh dengan laman-laman web sebegini. Sekiranya tiada sebarang pengawasan dari ibubapa, kecanggihan melayari internet dan website pornografi akan memudahkan remaja-remaja ini terjerumus ke lembah homoseksual tanpa mereka sedari. 

Selain itu, apa yang sangat saya khuatirkan diwasa ini adalah terdapat segelintir golongan gay yang turut mengambil kesempatan terhadap golongan remaja belasan tahun. Golongan jenis ini adalah golongan gay yang licik, bijak dan mempunyai status kewangan yang kukuh. Mereka ini merahsiakan identiti mereka di mata orang ramai dan seringkali dilihat bebas mendampingi remaja ini dengan berselindung disebalik hubungan abang angkat atau ayah angkat.

Ramai ibubapa tidak dapat menghidu atau menyedari hubungan sebenar yang berlaku diantara anak mereka dan abang atau ayah angkat tersebut. Malah ada sesetengah ibubapa ini mengalu-alukan kehadiran abang atau ayah angkat ini ke dalam keluarga mereka tanpa ada sebarang perasaan cemburu di hati.


Golongan abang atau ayah angkat ini akan mengunakan kuasa kewangan mereka untuk memancing atau memikat hati golongan remaja ini dengan kemewahan yang mungkin tidak dapat disediakan oleh kedua ibu-bapa kandung. Golongan remaja belasan tahun ini akhirnya menjadi tempat melepas nafsu golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Walaupun mereka sanggup diperlakukan sebegitu atas dasar keseronokan atau kemewahan wang ringgit, harus diingatkan bahawa remaja ini sebenarnya masih belum matang untuk menilai apa yang buruk dan baik tentang sesuatu perkara.

Sejak akhir-akhir ini trend golongan gay yang mempunyai kencenderungan nafsu yang kuat terhadap remaja-remaja lelaki yang jambu atau ‘pretty boys’ semakin menjadi-jadi. Saya ingin menyeru kepada golongan gay seperti ini supaya lebih bertimbangrasa dan mengawal nafsu mereka. Lagipun, golongan gay yang dewasa tidak seharusnya mengambil kesempatan keatas golongan remaja yang naive ini. Bayangkan apa akan terjadi dengan masa depan remaja-remaja ini?

Ibubapa juga harus berhati-hati dalam mengawal pergaulan anak-anak teruna mereka. Jika selama ini dalam masyarakat kita, ibubapa lebih bimbang atas keselamatan dan kesucian anak-anak gadis mereka dari ternoda sudah tiba masanya mereka juga menumpukan perhatian yang sama terhadap anak-anak teruna mereka.
Sebenarnya lebih mudah jika lebih ramai gay boleh bersikap terbuka tentang orientasi seksual mereka daripada menyamar dan menyembunyikan identiti sebenar mereka. Bukan maksud saya untuk berbangga menjadi seorang homoseksual. Setidak-tidaknya ini memudahkan ibubapa mengawal dan menyedari pergaulan anak-anak teruna mereka. 

Akhir sekali nasihat saya kepada semua homoseksual di luar sana, walau siapapun diri kita, kita masih lagi mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.



(Dipetik drpd mSTAR Online)
___________________________________________________________________________________

than.. bagi ak ader betolnya artikal ini... terkena sangat pada trio sahabat nie... segala apa yg digambaarkan sama tapi xserupa sangat ngan penulis tulis tuh lah... tp dalam diam 3 sahabat nie berkongsi insting yang sama... than after 10 years mereka bersahabat barulah masing2 berani meluahkan apa yg trbuku dalam hati kerana persahabatan tampa pembohongan adalah pegaangan mereka.. bayangkan dari bangku sekolah mereka berdiam diri.. sehingga masuk ke institusi pengajian tinggi baru mereka berani meng XPOST sapa mereka di mata sahabat2 terakrap masing2.. start pada tuh mereka terus berkongsi cerita pengalaman yang berkaitan dengan dunia yg mereka ciptaan tersebut... 
apa pon yang trjadi mereka tekad untuk melakukan sesuatu yang lebih extrimm... x sanggup korbankan masa depan  yg tidak nampak dimana sinarnya x tahu dimana penghujing nya.. namun mereka nie insan biasa yang mudah tewas dan tunduk pada serakah jiwa dan tuntuan nafsu... -semoga tiga sahabat ni dapat menempuhi dunia penuh pancaroba ini dengan success.... 

No comments: