K : A : M : I

TINGGALKAN :: JEJAK :: ANDA :: DISINI

Monday, October 10, 2011

Jom Kawen Awal

Ramai antara kita yg exsitd nak kawen awal.. termasuklah aku ne haaa.. klu ada ja rejeki nak malam nie jgak aku kawen....tapi benda yg selalu jd persoalan kita Antaranya persoalan kahwin awal nie * Korang baca sendiri lah kat bawah tu.. hehehe





Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.



1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu?

 Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?





2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)





3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara Asas dalam Kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)


4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)



5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.




6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)






~Kerana Allah Ku Cinta Padamu~

Kebahagiaan Dalam Kekalutan

Jap-Jap ! apa yg bahagia apa yang kalot tu???
Yang bahagianya  Alhamdulillah  bertanggal hari ini .. 11 - 10 - 2011 sudah genap hari ke 23 im at UPSI as a new studenT :! Pasca Siswazah Student ! Buat kawan2 yang masih tak tahu im really sory cz did't tell ualls bout this thing... bukan apa aku x mau dikata "meninggi diri" "riak" atau sebagainya yg seumpamanya...... dah nama pon pelajar baru kad matriks pon kena baru lah.... usya lah dia pnya program ! Gempak Kowttt !!!!! ^*adehhh teriak pulak !!!





4 years ago aku lebih dikenali sebagai budak SEJARAH... skng aku dikenali sebagai budak DASAR... hehehe no matriks pon dah berubah ... tapi aku ttap tak berubah.. si Ryzal yg gila geemor depan orng.. yg perasan hensem tapi sedikit cute agak2 pemalu dan Ramah jer orngnya... hahhhahhaa.

D20071030119 to M20111000139




Persoalan kenapa aku memilih UPSI? ermmmm... susah nak jawab tu... mengapa UPSI bukan UM atau UKM atau UPM waima UMS sekali pon alasannya adalah aku nak ambik sesuatu yg berkaitan dengan Education  than the best place is UPSI yg bnyak pakar-pakar tngtang dunia pendidikan... and one of Think Ten for dasar pendidikan Negara ada di UPSI... that y lah aku smbung di sini...nak pulak aku adalah anak Kandung Suluh Budiman yg mmg bersumbangsih setia pd UPSI...  

than berkaitkan dengan kos/porgram ramai yg tanya kenapa aku x teruskan dengan SEJARAH ajerr... Fuhhhh berpeloh aku nak jawab... just aku diam trsipu dan diam dalam hati "suke hati aku la nak ambik program apa pon..." ishhh.... hehehhe ~~~apa pon program baru aku nie PERANCANGAN DAN DASAR PENDIDIKAN nie skop perbincangan dia lebih luas dan isu-isu dasar pendidikan negara mmg memaikan peranan yg penting dalam penyediaan penyelidikan aku ni... sangat teruja aku dibuatnya..... apa pon aku mgharapkan sokongan dan Doa Kawan2 sekalian.... :"_


~salam dunia Mahasiswa... ~

Dah Lama Tak Hup Date !!!

Just Right Now... i nak Hup Date Blog nie... dah mcm2 story aku  masuk dalam Diary Kesayangan aku nie... bukan bukat tatapan kalian tapi buat aku dimasahadapan untuk generasi yg akan datang hanak cucu aku nak tngak mcm na tok depa hidop time remaja dulu... hehehheeh :3

_______________________________***___________________________

We start with my New Life skrng..... Ok... Alhammdullalah aku dah selamat di tauliahakan sebagai seorng Graduan ISMP its stand for Ijazah Sarjana Muda Pendidikan since 29 Julai 2011 



nie pic aku yg comei tapi tak berapa hensem nie... apa pon buat kawan2 yg lein tahniah jugak k :')








Ha... nie antara collection pic yg dapat dan sempat dimuat naikkan dalam nie.. yg lein2 usya2 la FB aku yerr... klu x usya pon xpa x kisah pown !!!
_______________________________***___________________________

Than Lepas Gread pa lagi klu x tunggu Posting kan... nw im still menunggu bulan jatuh keriba aku yg gebu nie.. posting alahaiii posting......

~doakan aku cepat posting dan Inpian untuk menempatkan diri d Putrajaya atau Selangor Tercapai... :') <3

Sunday, July 3, 2011

Tu Dia mai dah !!!

Ianya terlaksana... Alhmadullah hari nie penantian aku membuahkan hasil....  mula2 dapat surat nie... sampai renyok abng posment kerja kan.. yg penting aku nak isinya masih selamat.. hehe alhamdullah syukorr....lallaaa



da dapat suret xsah la klu x buka kan... hehhe so buka p buka mai... hehhehe mak aiii syokkk nyerrrr... tp seday pon ada huhu....



wahhh surat menghalau (tu dalam bahasa kasarnya lah)  dah sampai ke tangan aku... heheheh dan beberapa detiknya lagi aku akan jd mcm si Bear-Bear yg di apik Oleh Si Tong-tOng dua ekor... yg selalu teman aku depan destop... hahaha


werkk dah la bye.. nak g smbung tngak TV hehehe.......