K : A : M : I

TINGGALKAN :: JEJAK :: ANDA :: DISINI

Wednesday, March 30, 2011

Berbaki 7 Minggu....

Sayu pilu, malu terbisu hingga menyipu.... wahh mukadimah meletuppp.... huk3 apa pon salam sayang buat semua rakan2 !! 


by the way really sory saya dah lama x update blog hal ini disebabkan kerana adalah (saja ngada2 lewahkan ayat !!!) saya telah melupai password Blog saya.. hehehhe akhirnya sy dapat meneka dengan tepat apa yg sebenarnya menjadi kunci kpada pintu blog nie... hehee


Memulakan dengan coretan aku sebagai guru.... masuk minggu ke 7 dan dengan sayu dan pilu aku menahan rasa sedih dan perit untuk melepaskan student-student SMK SERI KOTA !!! Pahit manis masam dan manis telah aku tempuhi di bumi bersejarah tanah tumpah darah sang Pahlawan terulung Hang Tuah serta Sang Putri Hang Li Po -nya yang penuh mewarnai kehidupan aku sebagai seoarng Insan biasa menjadi Luar Biasa.... 

 
Rangkuman 7 minggu aku lalui bersama pelajar-pelajar membuatkan aku menjadi makin tabah bergelar Pendidik namun aku akui aku masih goyah menempuh segala cabaran ini sehingga aku tekad pada Fokos yg satu matlamat dan mimpi yang selama ini aku kejar untuk terbang mengapai impian di Bumi Penjajah demi meneruskan pengajian di peringkat Masters dan seterusnya PhD insyallah,...
 

7 minggu berlalu namun terfikir sejenak ! Layakkah aku bergelar cikgu.... layakkah aku bergelar guru,..... satu pangkat keramat aku kira, telah diberikan kepada aku sebagai manusia yg penuh dengan kekurangan.... aku harus belajar dan terus belajar !!berguru dari pengalaman itu guru terbaik... dari pengamatan itu guru terbaik... juga belajar dari pelajar-pelajar aku sendiri,.. mereka guru terbaik... mengenal dunia pendidikan berpaksikan perspektif yg penuh dinamik... elok di kaca mata pelajar kadang kala buruk pada pandangan guru.... aku harus menilai menolak segala falasi agar ianya menjadi sakti pd kehadiaran aku....

menatap wajah wajah pelajarku membuatkan aku semakin sayang akan mereka... sayang akan karenah mereka.. sayang akan setiap tindakan mereka... sayang untuk meninggalkan mereka... sebb aku adalah seusia mereka (wahhhhh boleh plak seusia.... hahhaha) 


huaaaa........... kenapa mcm skema ayat2 novel xboleh blah tol lah... huk3...  dah3 nak buat entry lein plahkkk.... cheesssss yeah !!!!.. muahhh

p/s : pic2 pelajar kelas 1 cekal...

No comments: