K : A : M : I

TINGGALKAN :: JEJAK :: ANDA :: DISINI

Tuesday, February 8, 2011

Hari Ke 2 : “Belikan saya keranda dan inilah sambutan terakhir Tahun Baru Cina.”

*petikan gambar dari Info Gallery

Hari ke 2 : Demikian antara coretan terakhir yang ditulis oleh seorang pelajar perempuan, Sally Lee Qian Chun, 17, dalam laman sosial, Facebook miliknya sebelum dia maut dipercayai terjatuh dari tingkat dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, Air Leleh di sana semalam.

Kejadian pukul 9.20 pagi itu dikatakan berlaku ketika pelajar tingkatan lima itu sedang mengikuti kelas mata pelajaran Kimia di Makmal Kimia yang terletak di tingkat satu.

Kejadian tersebut turut mengejutkan 906 pelajar warga SMK Seri Kota (termasuk aku sebagai  guru  praktikom) yang ketika itu sedang mengikuti aktiviti pembelajaran di kelas masing-masing../
 
 
_________@_________
 
 
Dari kacamata aku yang kurang ensem tp kacak nie.. kejadian yang menggemparkan ini membuatkan aku berasa sedikit "takot" untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar, pengawalan pelajar yang bermasalah sebegini perlu dititikberatkan... aku merasakan bahawa aku perlu tahu dan mengetahui teknik cara dan gaya seorang guru sejati untuk membingbing pelajar dengan baik... (uishhh aku ka yg ckap lagu nie??? hahhahha) 

apa pon pengalaman aku hari ni bukan satu pengalaman yang biasa... dan seorang guru senior yang dah mengajar hampir 23 tahun sekali pon belom tentu mempunyai pengalaman yang sebegini rupa..... 

~TAMMAT~

No comments: