K : A : M : I

TINGGALKAN :: JEJAK :: ANDA :: DISINI

Thursday, July 1, 2010

Sekadar Tazkirah

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di
sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan...
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada
Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Hadis ini
menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat.
Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang
dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat
membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka
berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan
diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera
Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu
pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu
pohon yang bernama Gharqad.
Dimaklumkan bahawa orang
Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara
berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi
tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi
sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran
hadis nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan
mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi
umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya
tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok
Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus
dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat
menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang
pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia
tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.
p/s : post nie diperolehi oleh FB cikgu Matematik aku. pn. Ani Bawok.... 

No comments: