“saya Sukakan awak”
Sebaris kata, selembut bicara, seuntai kata meniti di bibir.
Saat dilafazkan, hati mula tidak keruan, resah dalam gelisah, menanti detik jawapan, suatu lafaz dianggap agung, tangan ini gusar, bertepuk sebelah tangan mungkin, menantikan sebaris jawapan. Hadirnya sekeping hati, bertemua dari dua arah, selatan utara timur ke barat, berpaksikan koordinat cinta, memilih jalan mencari kepastian, bersatu bahagia mungkin?
Persoalan demi persoalan ditimbulkan. Sengaja ditimbulkan, sengaja dibangkitkan, agar minda dibuka, hati melapang, menerima tanpa halangan. Empunya mula berbicara, soal hati dan perasaan, mencari titik awal, bagai satu permulaan, apabila loceng sudah dimainkan.
ADAKAH INI JAWAPAN TERBAIK?
“Alihkan pandanganmu jika dirimu terasa dipukau”
Di saat kita menyukai seseorang, di saat itulah hati kita mula bergetar. Tidak mahu merungkai panjang. aku mengakui kadang-kadang diri aku sendiri turut terasa lemah tidak terdaya apabila hadirnya seorang wanita. Inilah senjata seorang perempuan. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik”
(Al-Ahzab : 32)
Saat entry ini ditulis, saat itulah aku mula merenung. Diciptakan oleh Allah dari tanah lahirlah sekujur tubuh adam dan hawa. aku mula bertanya dalam diri, mengapa perlunya bercinta sebelum nikah. Adakah maksud cinta itu terlalu subjektif yang agak sukar untuk diperbincangkan?
“ Ya ryzal faham, n kan ramai peminat. Orang cantik la katakan”.
Aku terdiam seketika. Gurauan itu membuatkan aku sedang merungkai persoalan. Kerana cantik orang berbicara bersamanya. kerana cantik orang cuba merapatinya. tapi bagi ku dia adalah secantik hatinya...
MENGAPA TIDAK KERANA AGAMA?
“Ryzal sukakan N sebab agama”.
“Sebab agama? betulkah ryzal?”.
“Yup betul lah. n ada ciri-ciri yang ryzal inginkan. Jaga solat, hormati orang tua.”
“Sebab agama? betulkah ryzal?”.
“Yup betul lah. n ada ciri-ciri yang ryzal inginkan. Jaga solat, hormati orang tua.”
“kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tetapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”
Wahai insan bidadari dunia,
Hiasan dunia umpama sebutir permata,
Keranamu aku pernah tersungkur di medan dosa,
Keranamu aku pernah khayal sepanjang masa,
Dengarlah, hayatilah, akan luahanku tidak kira masa,
Hiasan dunia umpama sebutir permata,
Keranamu aku pernah tersungkur di medan dosa,
Keranamu aku pernah khayal sepanjang masa,
Dengarlah, hayatilah, akan luahanku tidak kira masa,
Akan aku sematkan dalam diriku, menjadi pemuda bertakwa,
Yang suatu ketika dahulu sesat dalam kelalaian dan alpa,
Ya Allah…..
Bantulah aku…Sesungguhnya iman hambaMu ini lemah…
Yang suatu ketika dahulu sesat dalam kelalaian dan alpa,
Ya Allah…..
Bantulah aku…Sesungguhnya iman hambaMu ini lemah…
MENGAKU SAHAJAH ; ITU PENYELESAIAN TERBAIK
“ Walaupun ryzal sukakan N kerana agama, tetapi pada hakikatnya Ryzal selalu teringat kat N akan kecantikan paras rupa luaran,. Sehingga hati ryzal pernah terlintas betapa seksanya jika ryzal kehilangan orang macam N. Dari sudut hati bukanlah kerana agama. Tetapi kerana paras rupa yg selamaini menjadi penyeri kamar dunia, yang menjadi pehidang mata-mata jejaka”
“ Tidak mengapa, walaupun kita berfikiran macam itu, sekurang-kurangnya dia ada agama. Tidak macam orang lain yang bermodalkan nafsu semata-mata”
p/s : ak sedar, hari demi hari ak semakin menyenangi kehadiran n dalam hidup ak dan aku bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. n tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat ryzal sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 3 kali kita bersua muka secara bersendirian. Itupun tatkala n dan kawan2 terserempak dengan ryzal di kampus. aku juga bersyukur ibu bapa aku saling meredhai persahabatan kita kerana aku sudah memberi tahu mereka. Hari demi hari, kita semakin matang. aku semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, aku fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati aku , aku sering merindui mu biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah aku angankan n menjadi pembantu pembimbing keluarga aku kelak. MasyaAllah, begitu jauh aku lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong aku berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.
*Mana mungkin seorang lelaki mahupun wanita tidak mempunyai hati dan perasaan. aku juga tidak terkecuali.
No comments:
Post a Comment